Tuesday 20 February 2024

APAKAH ITU SIHAT?

 APAKAH ITU SIHAT?


Semua orang ingin sihat!  

Namun, kita perlu memahami erti sihat secara sebenar dan tepat. 


Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) mendefinisikan sihat adalah satu keadaan yang sempurna.. baik jasmani, mental dan sosial tidak hanya bebas dari penyakit, kelemahan atau kecacatan.


WHO mengaitkan dengan beberapa perkara melalui definisi tersebut yang dapat meningkatkan konsep sihat yang positif:


▪️Memperhatikan individu sebuah sistem yang menyeluruh


▪️Memandang sihat dengan mengidentifikasi lingkungan internal dan eksternal


Sihat Secara Jasmani


✅ Semua organ tubuh berfungsi dengan normal (jantung, paru-paru, ginjal, liver, otak, dan semua anggota tubuh normal bergerak secara normal).


Sihat Secara Mental


✅“Jiwa yang sihat ada di dalam tubuh yang sihat”

Individu beriman, beribadah, hati dan pemikiran yang  bersih. 

✅ Selalu gembira dengan hidupnya, santai tanpa ada tanda-tanda konflik kejiwaan. 

✅ Bergaul dengan baik, boleh mengawal emosi serta tidak mudah marah.


Sihat Secara Sosial


✅ Sentiasa bersedekah, suka menolong, pemaaf, tidak suka menyakiti org lain.


Sihat Secara Spiritual


✅ Komponen tambahan melalui definisi sihat dan kehidupan seharian. 

✅ Individu perlu juga mendapat pendidikan, kesempatan berhibur, mendengar santapan rohani seperti ceramah agama, alunan lagu atau muzik agar terjadi keseimbangan rohani dan jasmani.


Agama Islam juga amat mementingkan kesihatan misalnya:


Rasulullah pernah bersabda:

“Dua nikmat yang sering tidak diperhatikan oleh kebanyakan manusia yaitu kesihatan dan waktu terluang”                                                                    

- Hadith Bukhari yang diriwayatkan Ibnu Abbas


Di dalam Islam ada yang dipanggil anugerah dan ada yang dipanggil usaha.


Kesihatan adalah anugerah dari Allah yang Allah beri kepada siapa yang Dia kehendaki. Itu milik Allah.


Bagi kita hambaNya yang disuruh adalah berusaha menjaga kesihatan. Ini kerana, usaha itu yang Allah berikan pahala.


Allah telah tunjukkan cara hidup sihat, disuruh jaga makan, jangan meletakkan diri dalam kebinasaan. 


Jadikan hidup yang sihat. Kembali kepada Allah. InsyaAllah sejahtera dunia dan akhirat.


Mencegah itu lebih murah dari berubat, jadi berusahalah kita menjaga kesihatan..


Kesihatan yang baik bergantung pada kualiti (mutu) pemakanan dan minuman yang baik. 


Badan memerlukan vitamin dan zat galian yang mencukupi bagi menjamin tahap kesihatan yag optima.


Kebanyakan penyakit yang kita alami sekarang biasanya berpunca dari tabiat pemakanan dan gaya hidup yang kurang baik dan tidak seimbang.


“Perut itu rumah penyakit. Diet (pemakanan yang sihat)  ubat yang paling utama”           

                                                                                                                Hadits Nabi S.A.W. Riwayat Sahih Muslim: 

Kita perlukan 40 jenis zat untuk kekal sihat yang sepatutnya yg ada melalui pemakanan harian. 


Tetapi zaman serba moden sukar bagi mendapatkannya kerana:


✅ Pencemaran dalam makanan tu sendiri


✅ Pencemaran alam


✅ Gaya hidup yang serba cepat dan moden


✅ Tabiat pemakanan individu itu sendiri yang tidak sihat


Oleh itu pengambilan makanan tambahan bukan lagi pilihan bagi mereka untuk kekal sihat dan bahagia seterusnya sebagai pencegahan penyakit pembunuhan utama seperti sakit jantung, kanser, kencing manis, darah tinggi dan stroke.


Mencegah Lebih Awal...

Lebih baik dari Merawat Bila Sudah Sakit

P/S: Kangen water adalah air terbaik selepas air zam-zam. Tukar air anda, insha Allah tukar kehidupan anda. Dapatkan Kangen Water hari ini dengan menghubungi di talian kami 016-2456742

No comments:

Post a Comment